Anda di sini!
Utama > Terkini > Keahlian Pemuda Cecah 626,744 Orang

Keahlian Pemuda Cecah 626,744 Orang

mh online

Pergerakan Pemuda Umno mempunyai 626,744 anggota sehingga 5 Dis lepas, kata Penolong Setiausahanya Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz.

Beliau berkata Sabah merupakan negeri yang mempunyai jumlah keanggotaan tertinggi iaitu 86,937 diikuti Selangor (83,894) dan Johor (78,912).

Bagaimanapun, beliau berkata daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 99,831 anggota berumur lebih 21 tahun tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi.

“Ini tanggungjawab kita semua sebagai anggota pemuda (Umno) memastikan semua anggota kita didaftarkan sebagai pengundi,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno di sini Rabu.

Mohamad Sahfri berkata seramai 985 anggota pergerakan itu menghadiri perhimpunan itu hari ini.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top