Anda di sini!
Utama > Terkini > KDN Pandang Serius Dakwaan Cecair Vape Mengandungi Dadah – Timbalan Menteri

KDN Pandang Serius Dakwaan Cecair Vape Mengandungi Dadah – Timbalan Menteri

mh online

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat pemantauan terhadap cecair perisa rokok elektronik (e-rokok) berikutan dakwaan ada cecair itu yang mengandungi dadah.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata KDN memandang serius dakwaan itu dan walaupun isu cecair e-rokok atau vape itu merupakan tanggungjawab Kementerian Kesihatan, namun KDN akan mengambil tindakan jika kandungannya membabitkan dadah.

“KDN terlibat dengan penguatkuasaan, maknanya kalau ada penggunaan dadah berbahaya, ia adalah satu aktiviti haram dan KDN ada kuasa untuk mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Selasa.

Nur Jazlan berkata ketika ini kementerian yang akan mengawal selia sepenuhnya penggunaan bahan vape masih dalam peringkat perbincangan di kabinet.

Beliau berkata apa yang penting sekarang untuk mencari masalah sebenar bahan itu sebelum menentukan bidang kuasa kementerian yang bersesuaian.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top