Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kaunter Imigresen Tutup Tiga Hari Sempena Thaipusam

Kaunter Imigresen Tutup Tiga Hari Sempena Thaipusam

mh online

Kaunter Jabatan Imigresen di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang yang beroperasi hujung minggu akan ditutup tiga hari, mulai Sabtu ini.

Jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan penutupan mulai 23 Jan itu adalah sempena sambutan Hari Thaipusam.

“Semua kaunter Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang beroperasi seperti biasa pada 26 Jan (Selasa),” menurut kenyataan itu.

Leave a Reply

Top