Anda di sini!
Utama > Terkini > KAFA Perlu Lebih 12 Juta Bentuk Pasukan Terkuat- TSAM

KAFA Perlu Lebih 12 Juta Bentuk Pasukan Terkuat- TSAM

mh online

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memerlukan lebih RM12 juta untuk pembelanjaan memperkuat pasukan The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan musim tahun depan.

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata adalah sukar bagi Kafa untuk membentuk pasukan yang kuat sekiranya mempunyai bajet kurang daripada RM12 juta.

“Kami tahu bagi membentuk pasukan yang bagus kami perlu mencari pemain yang berkualiti, untuk pemain import sahaja kami memerlukan sekurang-kurangnya RM4 juta bagi setiap pemain import.

“Itu tidak termasuk pemain tempatan, belanjawan pengurusan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Kongres Kafa Ke-61 di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Annuar berkata Kafa tidak seperti persatuan bola sepak negeri lain yang memperoleh sumber kewangan yang besar daripada kerajaan negeri masing-masing.

“Kafa mampu mendapatkan antara RM4 juta dan RM5 juta hasil tajaan dan jumlah ini tidak mencukupi,” katanya.

Annuar berkata Kafa bergantung 100 peratus kepada tajaan musim ke musim dan bagi mendapatkan tajaan itu ia mengambil masa sedangkan pasukan perlu dibentuk awal musim lagi.

Katanya pihak beliau akan berusaha mendapatkan sumber kewangan di samping meminta mana-mana pihak untuk membantu dalam perkara tersebut.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top