Anda di sini!
Utama > Sukan > KAFA Akan Tunggu Sehingga Esok

KAFA Akan Tunggu Sehingga Esok

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menunggu keputusan kerajaan Kelantan berhubung tawaran pengambilalihan pengurusan The Red Warriors, sehingga esok.

Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pada dasarnya pihaknya sudah bersetuju menyerahkan pengurusan skuad pantai timur itu kepada kerajaan negeri.

“Kafa menanti keputusan kerajaan negeri dan kita berharap mereka dapat memuktamadkan keputusan mengambil alih pengurusan pasukan selewat-lewatnya jam 10 pagi esok ,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Leave a Reply

Top