Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kadar Levi Baharu Beri Tambahan Pendapatan Sebanyak 2.5 Billion

Kadar Levi Baharu Beri Tambahan Pendapatan Sebanyak 2.5 Billion

mh online

Keputusan kerajaan untuk menyusun semula sistem kadar levi untuk pekerja asing kepada dua kategori sahaja dijangka memberi pendapatan tambahan RM2.5 bilion kepada negara.

image

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kadar baharu itu akan berkuat kuasa mulai esok, 1 Feb.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS), satu-satunya universiti di tengah Sarawak yang merupakan sebahagian program lawatan dua hari beliau ke bandar ini yang berakhir hari ini.

image

Beliau berkata sebelum ini, pekerja asing dikenakan kadar berbeza berdasarkan kepada sektor-sektor di mana mereka bekerja seperti pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian.

“Sekarang hanya ada dua kategori. Pertama adalah untuk mereka yang berada di sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. Di sini setiap pekerja akan dikenakan kadar baharu RM2,500.

image

“Bagi mereka yang bekerja di sektor ladang dan pertanian yang terletak di bawah kategori kedua, kadar tersebut adalah RM1,500 bagi setiap pekerja,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, pekerja domestik dikecualikan.

Menurut statistik, beliau berkata kini terdapat kira-kira 2.135 juta pekerja asing yang berdaftar.

image

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 telah menyentuh mengenai penyusunan semula ini.

“Ini adalah selaras dengan perkembangan dalam senario ekonomi negara dan di peringkat antarabangsa, “katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu tampil dengan kadar baharu memandangkan pekerja asing juga menikmati pelbagai faedah seperti harga subsidi makanan dan keperluan lain yang semata-mata untuk rakyat negara ini.

image

“Mereka juga menikmati infrastruktur yang baik yang disediakan kerajaan, tapi kita juga mengiktiraf peranan penting mereka dalam pembangunan negara dan ekonomi kita, “katanya.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top