Anda di sini!
Utama > Belia > Jumlah Pelajar Pilih Bidang Sains Di UMT Makin Merosot

Jumlah Pelajar Pilih Bidang Sains Di UMT Makin Merosot

KUALA NERUS, Kemerosotan jumlah pelajar yang memilih bidang sains di institusi pengajian tinggi khususnya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dilihat semakin ketara.

Timbalan Naib Canselor UMT Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali berkata, status pelajar yang mengambil bidang sains bagi lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di UMT hanya sebanyak 29 peratus dua tahun lepas.

“Bagaimanapun tahun lepas pelajar yang memilih bidang itu merosot lagi kepada 27 peratus daripada 10,000 pelajar di universiti itu,” katanya kepada pemberita selepas pertandingan debat Piala Debat Tamil Kebangsaan di sini.

Pertandingan itu dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Che Mohd Ruzaidi berkata pengaruh luar atau pengaruh media yang kurang mendedahkan kepentingan bidang sains dan teknologi mungkin menimbulkan persepsi negatif pelajar terhadap bidang sains yang melibatkan matematik, fizik dan kimia yang dianggap sukar dipelajari.

“Tetapi sebenarnya kalau kena cara dan pendekatannya bidang sains ini adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menarik untuk dijadikan ruang mencapai hasrat dalam bidang pekerjaan dan kerjaya,” katanya.

Sehubungan itu, Che Mohd Ruzaidi memuji pendekatan kerajaanTerengganu yang memperkenalkan program sains di sekolah bagi memberi pendedahan awal terhadap bidang itu kepada pelajar di negeri ini.

Sebab itu adanya program sains diperkenalkan di Terengganu seperti Saintis Islam dan sebagainya kepada pelajar tingkatan lima, enam dan sebagainya, katanya.

Leave a Reply

Top