Sebanyak 545 kg pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM2.1 juta dilupuskan dengan cara pembakaran oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor (JSJNS) di sebuah kawasan pelupusan di Rawang dekat sini, hari ini.

Timbalan JSJNS, Superintendan R. Sundralingam berkata dadah yang dilupuskan melibatkan 3,053 kes dari tahun 1997 hingga tahun 2014 yang sudah selesai proses perbicaraan dan rayuan di mahkamah.

“Dadah yang dilupuskan terdiri daripada kanabis, heroin, syabu, ketamine, pil ekstasi, pil kuda dan lain-lain dadah berbahaya mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun yang telah selesai perbicaraan dan jatuh hukum.

Kesemua barang-barang kes ini melibatkan seluruh daerah di kontijen negeri Selangor,” katanya kepada pemberita selepas pelupusan dadah itu dilaksanakan.

Kata beliau lagi, pelupusan dadah itu merupakan fasa pertama untuk tahun ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *