Peruntukan sebanyak RM500,000 disalurkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada 34 keluarga mangsa memperoleh kediaman lebih selesa dan sempurna di Parlimen Sri Gading.

Ahli Parlimennya, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata peruntukan tersebut membabitkan penduduk yang dipilih menerusi data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain maklumat masyarakat setempat.

“Proses membaiki rumah penduduk berkenaan dibuat menerusi konsep sukarelawan membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

“Peruntukan hanya digunakan untuk membeli peralatan membaiki rumah. Antaranya menggantikan zink, dinding rumah termasuk tingkap atau pendawaian elektrik baharu.

“Kosnya antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi sebuah rumah,” katanya.

Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata demikian selepas meninjau proses membaiki rumah Husin Tahir, di Kampung Tebing Tinggi, Tongkang Pechah, Sri Gading, Isnin.

Sementara itu, Husin bersyukur terpilih menerima bantuan berkenaan.

“Keluarga saya sudah 30 tahun menumpang tanah di sini bagi mendirikan rumah untuk tempat berteduh. Saya hanya kerja kampung mengikut ihsan penduduk.

“Alhamdulillah menerusi bantuan ini, dinding dapur rumah yang sudah reput, atap zink yang bocor serta pendawaian elektrik yang baharu diberikan sekali gus memberi kelegaan kepada kami sekeluarga,” katanya

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *