Oleh : Zabidi Saidi

KUALA LUMPUR: Kira kira 1,500 pengunjung rumah terbuka Aidilfitri RISDA di ibu pejabatnya pada Selasa tidak menghiraukan hujan lebat.

Mereka tetap mengunjungi gerai gerai yang disediakan dengan pelbagai makanan di sekeliling bangunan ibu pejabat RISDA.

Turut hadir ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Timbalan Menteri Dato’ Nur Jazlan Yaacob dan Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Memeriahkan majlis tersebut adalah artis artis tempatan seperti juara Gegar Vaganza, Azarina Azhar, Farhan AF, Azalina Aziz, Noni AF, Asha AF, Lah Ahmad, Ali Terra Rossa, Yang Jamil dan Salwa Abdul Rahman.

Sungguhpun hujan lebat dari pukul 11 pagi ia tidak menghalang orang ramai dari pelbagai kaum menghadiri majlis tersebut. Majlis yang berakhir pada jam 3 petang itu turut meraikan anak anak yatim dari beberapa rumah anak anak yatim.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *