Jiwa Project Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Flonic Hi-Tech Bhd, telah menerima kontrak bernilai RM30.86 juta untuk pengurusan projek dan kerja-kerja subkontrak daripada B.S. Civil Engineering Sdn Bhd.

Flonic Hi-Tech dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kontrak itu untuk pembinaan 28 unit rumah teres setingkat, 150 unit rumah berkembar dua tingkat dan kerja infrastruktur untuk projek perumahan mampu milik di Batu Berendam, Melaka.

“Kerja pembinaan akan bermula pada 9 Mei dan siap pada 31 Mac tahun depan.

“Kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan pendapatan sesaham Flonic Hi-Tech untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2017,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *