Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Jika Tiada Publisiti Siapa Yang Mahu Taja ?

Jika Tiada Publisiti Siapa Yang Mahu Taja ?

mh online

image

Oleh : Pengkritik Tetap FAM

Bila seorang Presiden Persatuan bola sepak negara mengeluarkan kenyataan begini apakah akan ada syarikat-syarikat yang berminat lagi mahu taja pasukan liga super ?

Presiden FAM harus ingat,penaja mengeluarkan berjuta-juta wang untuk menaja sebuah pasukan sudah pastilah mereka berhak untuk mendapat publisiti yang sepatutnya.Ada diantara penaja mengeluarkan wang sehingga 20 juta wang syarikat untuk branding pasukan dan produk mereka.Jika mereka tidak berhak mendapat publisiti lebih baik mereka gunakan saja wang itu untuk beli iklan-iklan di tv, radio dan billboard,untuk apa mereka bazirkan wang menaja tanpa mendapat publisiti.

Bukan semua pasukan liga super di malaysia ini bergerak dengan tajaan,contohnya Terengganu yang disuntik dengan jumlah wang yang besar oleh kerajaan negeri,JDT juga begitu Pahang ,Selangor dan pasukan – pasukan lain juga disuntik kewangan mereka oleh kerajaan negeri dan kerabat istana yang sudah tentunya bukan jumlah yang sedikit.

Hanya beberapa pasukan saja yang benar-benar bergantung kepada pihak penaja contohnya seperti Kelantan yang tiada peruntukan dari kerajaan negeri.Pasukan ini terpaksa bergantung kepada penaja dan bila ada penaja  sudah tentulah penaja mahukan pulangan dari wang yang mereka laburkan.Seperti juga liga-liga yang maju epl dan bundesliga contohnya penaja diberikan publisiti setanding dengan jumlah wang yang mereka laburkan.

Air asia dan Proton adalah syarikat yang pernah dan masih menaja pasukan liga Epl, tanyalah mereka apakah pulangan yang mereka harapkan dari tajaan yang telah mereka belanjakan.

Jika nak diharapkan geran tahunan dari FAM yang tidak sampai sejuta RM Itu apalah sangat sebuah pasukan boleh lakukan dengan wang sebanyak 1 juta,bayaran gaji pemain saja sudah mencecah 4-5 juta semusim,belum lagi dikira kos-kos lain, untuk semusim setiap pasukan perlu ada minima RM10 juta, dengan RM 1 juta dari FAM itu baru berapa peratus sahaja dari jumlah keseluruhan. Jadi bagaimana sebuah pasukan akan “survive” jika tiada penaja?

Kita sedang bergerak menuju negara maju tetapi nampaknya FAM masih lagi sesat di tahun 1980an, Saya harap FAM jumpa jalan pulang semoga berada di alam realiti…

Sekian saja dari peminat bola sepak..dan pengkritik tetap Presiden FAM dan seluruh pimpinan FAM..

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top