Anda di sini!
Utama > Terkini > JIKA KAFA TOLAK SAYA AKAN TAJA SELANGOR – DS VIDA

JIKA KAFA TOLAK SAYA AKAN TAJA SELANGOR – DS VIDA

mh online

image

Ketika ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sedang menunaikan umrah dan dijangka membuat sebarang pengumuman sebaik pulang.

“Secara lisan mereka setuju namun kalau KAFA tidak mahu ikut syarat saya, saya pergi taja Selangor,” katanya.

Difahamkan, Datuk Seri Vida memilih Kelantan kerana berpendapat mereka sebuah pasukan hebat.

Sementara itu, pemain sayap Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria akui tidak kisah dengan dua syarat dikenakan pengasas produk Qu Puteh Datuk Seri Vida untuk menaja pasukan pantai timur itu.

Wan Zaharulnizam atau Kecik menjelaskan warna merah jambu atau warna apa sekalipun tidak akan memberi kesan kepada prestasi sesebuah pasukan.

Kecik melihat tajaan Datuk Sri Vida itu mampu mengubah nasib Kelantan yang ketika ini berdepan krisis kewangan.

Pemain berusia 25 tahun itu mahu penyokong melihat perkara ini dari pandangan yang lebih luas dan jangan hanya menjadikan soal nama pasukan dan warna stadium sebagai satu isu sebaliknya memandang perkara ini sebagai salah satu cara meningkatkan mutu permainan bola sepak Kelantan.

“Kita pakai apa saja nama pasukan, jika penyokong dapat memberi sokongan sudah pasti Kelantan akan meraih kemenangan,” jelasnya.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top