Anda di sini!
Utama > Hiburan > Janna Nick Sakit?

Janna Nick Sakit?

Luahan penuh emosi dikongsi Janna Nick pada laman Instagram beberapa hari lalu, menimbulkan tanda tanya seolah-olah dirinya mengalami tekanan perasaan.

Ditanya mengenai perkara itu, Jana menjelaskan dia mahu memberi pendedahan terhadap masalah tekanan perasaan yang semakin serius dalam kalangan masyarakat.

“Selari dengan azam baharu, saya ingin memberi pendedahan terhadap masalah tekanan perasaan yang dilalui kebanyakan orang tanpa sedar. Saya berhasrat membuka mata masyarakat berhubung perkara itu.

“Ini juga sebagai permulaan tahun baharu untuk menyebarkan perkara positif dan nilai murni buat pengikut di laman sosial.

“Saya berhasrat menggunakan medium sosial media sebaik mungkin sekali gus ‘memberi’ balik kepada masyarakat.

“Malah, secara tidak langsung kesedaran yang cuba disampaikan kepada masyarakat sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu mengenai sesetengah perkara,” dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, beberapa luahan perasaan mengenai tekanan perasaan di Instagram menimbulkan tanda tanya. Ramai peminat turut membuat perkongsian mengenai masalah dan pengalaman mereka berhubung perkara itu.

Mengikut kajian, gangguan emosi sering berpunca dari ketidakupayaan individu untuk menangani tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Keadaan ini dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan individu yang mengalami tekanan perasaan atau kemurungan.

Leave a Reply

Top