Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > JANGAN GUNA POLITIK UNTUK KEPENTINGAN PERNIAGAAN DAN PERIBADI – TPM

JANGAN GUNA POLITIK UNTUK KEPENTINGAN PERNIAGAAN DAN PERIBADI – TPM

mh online

image

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak menggunakan platform politik untuk kepentingan peribadi dan perniagaan.

Dr Ahmad Zahid memberi peringatan itu kepada segelintir pihak yang dikatakan terlibat dalam politik sebagai landasan untuk meluaskan perniagaan mereka.

“Ramai orang tidak tahu dan ramai orang buat silap.

“Yang mahu berniaga dengan jawatan politik, bertanding satu jawatan di peringkat bahagian, peringkat nasional supaya jadi terkenal.”

“Lepas itu lobi sultan, lobi gabenor untuk dapatkan gelaran “Datuk” kerana ada nilai komersial, jadi di situ jadi mudah dapat ‘negotiated tender’, ‘selected tender’ dan sebagainya,” kata beliau pada Majlis Pelancaran Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (Jump) anjuran Pertubuhan Jaringan Pakar Berjaya hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Namun tegas beliau, perlu ada titik pemisah dalam hal berkenaan bagi mengelak korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

“Seharusnya kita guna kedudukan politik bukan untuk perniagaan tetapi tujuan politik memperkukuhkan sokongan rakyat kepada organisasi politik bukan untuk kepentingan peribadi.

“Apa yang berlaku, politik dia nak pegang, bisnes pun dia nak pegang. Berilah peluang kepada orang lain khususnya usahawan muda. Orang bisnes, biarlah jaga bisnes, jangan terlibat dalam politik supaya tidak ada kepentingan peribadi. Tambah pula, ada orang poilitik yang berniaga tanpa modal. Modalnya hanya modal air liur,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Zahid turut mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas kabinet bagi membantu usahawan muda tidak lama lagi yang bakal dipergerusikan oleh beliau sendiri.

Jawatankuasa itu juga akan menyelaraskan usaha bagi memperkasa golongan berkenaan selaras dengan hasrat melahirkan 10,000 usahawan muda menjelang tahun 2020.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top