Selepas nama melonjak naik menerusi drama Cinta Si Wedding Planner, Mira Filzah beri amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk mengaut keuntungan di Instagram Review.

“Ia mungkin perkara biasa dilalui bagi seseorang artis apalagi yang baru nak mencipta nama seperti saya. Awalnya saya tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana tidak mahu disifatkan mudah melatah”

“Namun selepas memikirkan ada individu yang tidak bertanggungjawab meraih keuntungan dengan membuka akaun menggunakan nama saya di Instagram, ia saya kira sudah melampau,” jelasnya.

Tegasnya lagi, beliau hanya memiliki satu akaun Instagram sahaja iaitu MFMIRAFILZAH yang diuruskan sendiri olehnya. Malah beliau juga meminta para peminatnya supaya tidak terpedaya dengan akaun palsu itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *