PASIR PUTEH, Dalam menterjemah kecintaan kepada negara, tidak cukup dengan hanya melalui kata-kata, sebaliknya ia perlu dengan iltizam dan komitmen sebagai tanda kesyukuran kepada kemakmuran negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesejahteraan itu perlu dipertahankan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama.

“Kita lihat bagaimana kepelbagaian kaum ini menjadi pemangkin kepada kesejahteraan negara kita, tidak seperti negara lain yang berdepan pelbagai konflik. Konflik negara lain menyebabkan berlaku pertempuran dan perang saudara, kita tidak konflik menghancurkan negara, kita tidak mahu perkara ini berlaku di negara kita.

“Negara kita juga ada konflik dan ada perselisihan pendapat, tapi kita tanganinya dengan baik tidak seperti negara lain,” katanya ketika merasmikan program Ekspresi Negaraku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melepaskan 5,000 peserta Larian Bendera.

Turut hadir Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Adun Semerak, Datuk Zawawi Othman dan Adun Selising, Zulkifle Ali.

Ahmad Zahid berkata, negara mesti bebas daripada pelbagai anasir yang boleh merosakkan keharmonian seperti ancaman pengganas dan penceroboh.

“Rakyat kita diiktiraf dalam pelbagai bidang, kejayaan ini mesti kita dokong bersama, dengan fikrah yang sana,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *