Anda di sini!
Utama > Hiburan > Jampi Dinobat Juara AJL 32

Jampi Dinobat Juara AJL 32

KUALA LUMPUR, Lagu Jampi ciptaan oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong dan dinyanyikan sendiri oleh Hael diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara 32 (AJL 32) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Lagu Sejati nyanyian Azmi Caliph Busker berjaya mengungguli tempat naib juara manakala lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli berada di tempat ketiga.

Ernie Zakri dan Syamel yang menyanyikan lagu Aku Cinta berjaya membawa pulang trofi Vokal Terbaik manakala Altimet yang menyampaikan lagu Amboi berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik.

Membawa tema Fesyen dan Muzik, AJL 32 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran pada jam 9.00 malam di TV3.

Berikut merupakan keputusan penuh AJL 32:

Juara: Jampi – Hael Husaini (Hael Husaini & Ezra Kong)

Hadiah: Wang tunai berjumlah RM50,000, baucer CJ Wow Shop bernilai RM10,000 dan trofi

Naib Juara: Sejati – Azmi Caliph Busker (Faizal Tahir & Mike Chan)

Hadiah: Wang tunai berjumlah RM35,000, baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi

Tempat Ketiga: Tergantung Sepi – Haqiem Rusli (Gouffran & Ibnu)

Hadiah: Wang tunai berjumlah RM20,000, baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi

Vokal Terbaik: Aku Cinta – Syamel & Ernie Zakri

Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000, baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi

Persembahan Terbaik: Amboi – Altimet

Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000, telefon pintar Samsung A8, baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi

Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung: Bayang – Khai Bahar

Hadiah: Telefon pintar Samsung A8 dan trofi

Leave a Reply

Top