Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Jalaludin Tanding Parlimen Jelebu

Jalaludin Tanding Parlimen Jelebu

FOKUS PRU14 – Parlimen Jelebu

Oleh : Abdullah Karim

KUALA LUMPUR: Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan bakal menyaksikan Datuk Jalaludin Alias akan diketengahkan di situ. Sementara Datuk Yunus Rahmat akan digugurkan pada Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 (PRU 14).

Datuk Jalaludin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang menggantikan Allahyarham Datuk Zainuddin Ismail yang meninggal dunia, tidak lama dahulu.

Tempat Datuk Yunus di Klawang bakal diisi oleh Pengurus Besar Pelancongan Negeri Sembilan, Datuk Baharudin Jali. Beliau anak tempatan Ulu Klawang dan calon berpotensi menggantikan Datuk Yunus iaitu wakil rakyat yang sudah tiga penggal berkhidmat di kawasan tersebut.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang pula, tiga nama menjadi sebutan. Mereka terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian, Cikgu Azmi Yusof. Cikgu Mohd. Aizil Mohd. Derus (Ketua Pemuda) dan Cik Zuraidah Mohd. Zain (Ketua Wanita).

Cikgu Azmi menetap di Gelang, Cikgu Aizil di Kuala Klawang dan Cik Zuraidah di Felda Sungai Lui.

Bagi DUN Lui, wakil rakyat sedia ada iaitu Mohd. Razi Mohd. Ali dikatakan bakal kekal di situ. Beliau baru sepenggal menjadi ADUN dan antara wakil rakyat disenangi di kawasannya itu.

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, daripada tiga nama yang bakal diketengahkan di Pertang, nama Cikgu Yusof mendahului dua lagi calon. Beliau merupakan AJK disenangi oleh semua pihak dan amat rapat dengan Ketua Bahagian (Datuk Jalaludin) serta disegani oleh penduduk Jelebu.

Sementara Cik Zuraidah pula, peluangnya agak sukar kerana belum pernah lagi mana-mana kawasan di Jelebu diletakkan calon wanita. Walaupun beliau amat popular dan disayangi oleh semua pihak terutama sekali wanita, peluang beliau agak tipis.

Bagi Cikgu Aizil pula, difahamkan kebanyakan AJKnya tidak berapa intim dengan beliau dan dikhabarkan peluangnya kali ini agak sulit.

Leave a Reply

Top