Oleh : Dato’ Zaharin Mohd Yasin

Saya menunggu bagaimana Laskar Siber Pro UMNO hendak menjawab isu tanah Felda bertukar hak milik? Masih tidak ada sesiapa yang hendak menjawab.

Maka biarlah saya menjawab isu ini cara saya.

Sebenarnya kes tanah Felda mudah sahaja untuk dijawab kerana isu ini tidak memudaratkan UMNO/BN keseluruhannya. Segala kontroversi disebabkan tidak menjawab soalan bila diadakan sidang media oleh Pengerusi Felda selain memaklumkan ada laporan Polis.

Jika dilihat isu ini mula didedahkan atau dibangkitkan oleh sebuah akhbar yang UMNO ada kepentingan didalamnya. Maka kenapa tidak digunakan strategi komunikasi? Sebalik menjadi tular dan membangkitkan kemarahan rakyat khasnya orang Felda sendiri.

Jawapannya amat mudah, Semasa sidang media Pengerusi Felda patut diterangkan bahawa kes pembangunan tanah kerajaan dan agensi sudah banyak berlaku dan ada berlaku pertukaran geran tanah dari pemilik asal ke pihak pemaju. Malah Pengerusi Felda ada pengalaman soal pembangunan tanah agensi kerajaan masa menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Dalam kes tanah Felda, Felda dari segi Aktanya tidak boleh mencagarkan tanah kepada Bank. Begitu agensi lain, yang dibenarkan hanya membuat pinjaman yang di jamin oleh Kerajaan dengan kelulusan KementerIan Kewangan.

Dalam isu pembangunan tanah Felda di Jalan Semarak, tanah itu hendak dibangunkan untuk memberi keuntungan dan hasil kewangan kepada Felda dengan syarikat swasta.

Maka geran tanah itu ditukarkan atas nama pemaju. Pemaju cagarkan tanah itu kepada Bank. Hak Felda telah bertukar dari nama di geran tanah ke perjanjian antara pemaju dan Felda.

Maka yang perlu ditanya ialah Perjanjian itu antara Felda dan pemaju. banyak menguntungkan siapa?

Pengerusi Felda masa sidang medianya, sepatutnya memberi penjelasan, Syarikat siapa yang membuat usahasama dengan Felda, jangan menjadikan isu itu tergantung dan menjadi tanda tanya, seolah-olah Pengerusi sebelum tidak bertanggungjawab, tidak patriotik, seorang yang rasuah. Tetapi kesan yang terkena  bukan kepada Pengerusi yang lama tetapi terpalit kepada UMNO sendiri.

Pertukaran hak milik banyak berlaku dalam pembangunan hartanah sama ada tanah persendirian dan juga badan berkanun Kerajaan.

Di Kampong Bharu, Kuala Lumpur pembangunan yang melibatkan tanah persendirian dan tidak kurang juga yang kena tipu oleh pemaju yang tidak bertanggung jawab. Bagaimana sebahagian pemilik asal yang membaca betum perjanjian tidak hilang haknya. Bila tanahnya dibangunkan.

Sebagai contoh geran tanah yang bertukar hak milik ialah tanah DBKL dalam pembangunan Mid Valley. Sebahagian tanah DBKL dimajukan bersama pihak pemaju, pihak DBKL tidak hak atas tanahnya sebalik DBKL mendapat hasil yang agak lumayan hasil pembangunannya.

Maka begitulah aset Felda yang bernilai RM250 juta itu, Jika boleh menjana pendapatan tahunan atau pulangan yang baik kenapa tidak dibangunkan? Mungkin aset Felda secara percuma akan diperolehi dari pembangunan.

Kesimpulannya Felda perlu menjelaskan secara terbuka faedah dan keuntungan dalam projek pembangunan tanahnya, Jika merugikan Felda maka, ada baiknya dibatalkan sahaja.

Pavilion, Bukit Bintang,
Dis 24,2017

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *