Anda di sini!
Utama > Kolumnis > Kemasukan Pekerja Asing dan Kdn

Kemasukan Pekerja Asing dan Kdn

mh online

Oleh : Fansyuri

Isu pekerja asing yang sengaja ditimbulkan beberapa hari sejak kebelakangan ini semata-mata ingin memburukkan nama baik YAB Timbalan Perdana Menteri, menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri sangat jelas beliau mengatakan akan melakukan penguatkuasaan terhadap pekerja asing yang berada di Malaysia melebihi tempoh dan tidak mempunyai dokumen sebelum meluluskan kemasukan pekerja asing yang baru.

Kemasukan pekerja asing yang diluluskan pula hendaklah mengikut sektor-sektor yang dipersetujui sahaja, perkara ini telah dibentangkan kepada kabinet menurut YAB Timbalan Perdana Menteri, jelas isu ini sengaja ditimbulkan oleh mereka yang ingin dan sengaja mahu mencemar nama baik KDN.

Antara sektor-sektor yang kritikal termasuklah sektor pertanian, perladangan dan perkhidmatan yang rakyat Malaysia tidak mahu ceburi terutamanya belia-belia lepasan universiti, cuba kita bayangkan kita hantar pulang semua pekerja asing di dalam negara dan kita bekukan semua kemasukan baru apa akan berlaku terhadap sektor-sektor ini?saya rasa mahu lumpuh sektor-sektor ini, kerana selama ini sektor-sektor ini hanya pekerja asing sahaja yang mahu bekerja.

Sesuatu yang perlu kita faham adalah, bukan kerajaan yang ingin membawa masuk pekerja-pekerja ini, tetapi ianya adalah atas permintaan industri, persatuan, dewan perniagaan.Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Imigresen dan Bahagian Pekerja Asing KDN hanya memenuhi permintaan dan kehendak pasaran sahaja. Jadi tidak adillah untuk menuduh Kerajaan sengaja membawa masuk perkerja asing ini dan meminggirkan Rakyat tempatan.

Dalam masa yang sama Kerajaan ,Persatuan dan Dewan Perniagaan hendaklah bekerja sama untuk memberikan latihan kemahiran kepada rakyat tempatan agar dimasa yang akan datang kita dapat mengelakkan kebergantungan kepada tenaga asing untuk sektor-sektor ini.

Menurut YAB Timbalan Perdana Menteri kemasukan 1.5 juta pekerja asing yang diumumkan pula bukanlah dalam tempoh masa yang singkat, tetapi kemasukan ini mengambil masa 1-5 tahun mengikut keperluan industri bagi mengelakkan kebanjiran pekerja asing di malaysia, dalam masa yang sama Kerajaan akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan kepada yang berada tanpa dokumen dan melebihi tempoh masa.

Berhentilah berpolimik dan memberi persepsi negatif terhadap YAB Timbalan Perdana Menteri dan KDN, serahkanlah isu ini kepada KDN untuk diselesaikan,saya percaya TPM melalui KDN tidak berniat untuk meminggirkan rakyat Malaysia dalam sektor-sektor tertentu, tetapi bagi memenuhi permintaan industri.

Leave a Reply

Top