Anda di sini!
Utama > Terkini > Isteri TPM Ucap Takziah Kepada Anak Hakim Abdul Hamid

Isteri TPM Ucap Takziah Kepada Anak Hakim Abdul Hamid

mh online

Isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Hamidah Khamis hari ini menziarahi jenazah Darem Hakimi Abdull Hamid, anak kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong di Masjid Putra di sini.

Darem Hakimi, 27, maut dalam kemalangan pada kira-kira 4.30 pagi ini di Jalan Sultan Abdul Halim di sini.

Ketika ditemui pemberita di Masjid Putra, Hamidah berkata beliau turut berkongsi perasaan sedih dengan apa yang menimpa keluarga Abdull Hamid.

“Saya cakap dengan Puan Sri Noor Kim Abdullah sebentar tadi agar beliau sabar dan reda atas ketentuan ilahi. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan anaknya dan dia menunggu di syurga.

“Bagi pihak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, saya ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah menghadapi berita sedih ini,” katanya.

Terdahulu, jenazah Darem Hakimi tiba di masjid pada pukul 12.30 tengah hari sebelum disembahyangkan selepas solat Zuhur dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Dalam kemalanganan kira-kira 4.30 pagi tadi, Darem Hakimi dipercayai gagal mengawal kereta yang dipandunya sebelum melanggar kon penghadang yang diletakkan di belakang treler, dan maut di lokasi kejadian.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top