Oleh: Hidayat Fansyuri

Pencarian Delmoraa Idol bukanlah sebuah realiti program hiburan yang sama seperti yang dilihat di kaca televisyen di negara ini.

Sebaliknya ia merupakan sebuah projek yang dianjurkan oleh bapakku.fm melalui sayap pemasarannya, Bapakku Marketing, dalam usaha untuk memperkenalkan serta memasarkan Delmoraa yakni sebuah produk berasaskan minuman kesihatan dengan lebih luas lagi.

Dalam usaha mencari Delmoraa Idol ini, Bapakku Marketing akan mengadakan jelajah Delmoraa Bapakku.fm ke seluruh kedai jamu di setiap negeri untuk memasarkan jenama Delmoraa ini.

Menurut pengasas Bapakku.fm Ismahalil Hamzah, buat masa ini produk Delmoraa hanya diketahui oleh pendengar Bapakku.fm sahaja.

“Kini sudah tiba masanya untuk pihak kami keluar dan melancarkan Jelajah Delmoraa untuk pengetahuan umum. Dalam jelajah ini, kami akan mencari calon-calon untuk dinobatkan sebagai Delmoraa Idol yang akan saya bimbing secara peribadi, “katanya kepada mhonline malam tadi.

“Delmoraa Idol hendaklah memiliki kriteria yang sesuai sebagai idol yang mana calon tersebut mestilah pandai menyanyi, mengacara serta bersifat “sporting”. Calon Delmoraa Idol juga bakal menjadi penghias dan penyeri iklan-iklan Delmoraa,” jelasnya.

Menurut Isma lagi, Jelajah ini bakal mempunyai banyak cerita dan testimoni untuk diceritakan kembali ke ruang udara bapakku.fm nanti.

“Setiap bulan kami akan memilih pengguna bertuah Delmoraa yang tampil dengan testimoni terbaik tentang keberkesanan Delmoraa ini. Percutian ke Pulau Tioman selama 2 hari 2 malam bakal menjadi ganjaran buat pengguna yang bertuah.”

“Jelajah Delmoraa Bapakkufm ini akan turut disertai oleh pasukan pengurusan dan pemasaran, The Super Buskers, Penaja dan Bikers. ia merangkumi 4 zon iaitu Utara, Selatan, Pantai Timur dan Lembah Klang,” katanya.

“Kesesuaian tempat persinggahan jelajah akan dikenal pasti dalam masa terdekat. Lokasi Plaza Angsana Johor Baharu, Melaka Mall dan KB Mall mungkin bakal menjadi destinasi persinggahan kami.”

Ismahalil hamzah yang kini mengendalikan radio internetnya sendiri dan mempunyai 45’000 pendengar dari dalam dan luar negara, radio ini  beroperasi di jalan kent Kuala Lumpur  dan boleh didengari melalui laman sesawang www.bapakku.fm atau dengan muat turun di Play Store.

 

 

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *