PUTRAJAYA, Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini menganjurkan Kayuhan Kemanusiaan #Care4Hunger yang bertujuan memperkenal IRM kepada umum.

Kayuhan kemanusiaan tersebut disertai kira-kira 200 orang peserta dengan kerjasama bersama Masjid Tuanku Sultan Zainal Abidin sebagai rakan kemanusiaan IRM.

Turut hadir menyertai acara kayuhan sejauh 15 kilometer itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Peserta kayuhan dilepaskan oleh isteri Jailani, Toh Puan Siti Nurbiha Mohd Bisharudin.

Sepanjang kayuhan, peserta akan melalui tiga ‘check point’ yang mana setiap satu mempunyai tema tersendiri yang mempamerkan isu-isu kemanusiaan yang dihadapi masyarakat dunia hari ini.

Turut disediakan di setiap check point ialah kotak derma untuk mana-mana peserta yang ingin membuat sumbangan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *