Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Inti Pati Pengumuman Penstrukturan Bajet 2016 Oleh PM

Inti Pati Pengumuman Penstrukturan Bajet 2016 Oleh PM

mh online

Berikut adalah inti pati pengumuman Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pengubahsuaian dan penstrukturan Bajet 2016 di Putrajaya, hari ini.

* Kerajaan akan menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus berdasarkan andaian purata harga minyak mentah Brent sebanyak US$30 hingga US$35 setong;

* Kerajaan komited mengekalkan langkah konsolidasi fiskal bagi tahun 2016 untuk mencapai sasaran 3.1 peratus kepada KDNK;

* Kadar hutang negara akan terus dikurangkan dan tidak melebihi paras berhemat 55 peratus kepada KDNK;

* Kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tambatan ringgit;

* Dasar monetari dan kadar faedah akan dikekalkan pada paras yang menyokong kegiatan ekonomi domestik;

* Kerajaan akan terus komited untuk mencapai sasaran pelaburan swasta berjumlah RM215 bilion tahun ini;

* Pelaksanaan projek-projek utama seperti MRT dan LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysian Vision Valley, Cyber City Centre, Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang dan Projek Kereta Api Laju akan diteruskan;

* Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan SME Corp akan memperhebatkan program ‘mid-tier’ dan ‘Go Export’ bagi menembusi pasaran antarabangsa;

* Bagi meningkatkan kemudahan jaminan kredit untuk tujuan perdagangan, EXIM Bank akan menambah dana pembiayaan sebanyak RM500 juta;

* Potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja akan dikurangkan sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017 manakala caruman majikan dikekalkan;

* Pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan atau ke bawah bagi tahun taksiran 2015;

* Penjualan semua rumah berharga RM300,000 dan ke bawah, hanya terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja;

* Kerajaan menerusi Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat bermula 1 Mac 2016, akan menawarkan pakej pembiayaan pada kadar faedah 4 peratus yang akan memanfaatkan 10,000 pemilik rumah;

* Pelancong China tidak memerlukan visa ke Malaysia bermula 1 Mac-31 Dis 2016, bagi tempoh lawatan tidak melebihi 15 hari dan tertakluk kepada syarat;

* Sejumlah RM6 bilion diperuntukkan bagi dana pembiayaan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat permulaan; syarikat berkaitan kerajaan (GLC) digesa mengurangkan jurang pendapatan antara pengurusan atasan dan golongan pekerja;

* Kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikekalkan pada enam peratus;

* Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada para penjawat awam pada 1 Julai 2016 seperti telah dijanjikan dalam Bajet 2016;

* Kesemua langkah berhemat ini dijangka dapat menjimatkan sehingga RM9 bilion perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Leave a Reply

Top