Anda di sini!
Utama > Terkini > Ini betul – betul , bukan cobaan – Zahid Hamidi

Ini betul – betul , bukan cobaan – Zahid Hamidi

mh online

“Ini betul-betul, bukan cubaan,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan melalui “pintu belakang” bukan sandiwara ciptaannya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO sebaliknya berkata pendedahannya itu adalah sesuatu yang sahih melalui sumber dan risikan agensi bertanggungjawab.

“Saya perolehi dengan tepat dan tidak menambah atau berkurang faktanya. Konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan ini akan berlaku jika tidak disekat.

“Ini betul-betul. Bukan cubaan,” katanya seolah-olah mengulangi ungkapan guru silat Wak Mustarjo dalam filem “Pendekar Bujang Lapuk”.

“Kita kena sekat daripada awal dan tidak rela dijatuhkan pembangkang dengan cara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sekijang di sini, Sabtu.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sekijang Datuk Dr Baharum Mohamed, Timbalan Ketua UMNO bahagian itu Alus Kassim, dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kemelah Datuk Ayub Rahmat.

Leave a Reply

Top