Anda di sini!
Utama > Terkini > IMPIAN SAYA MEMBAWA TRW KE PERINGKAT ASIA DAN DUNIA – DS VIDA

IMPIAN SAYA MEMBAWA TRW KE PERINGKAT ASIA DAN DUNIA – DS VIDA

mh online

image

Oleh : Fansyuri

Teka- teki sama ada pasukan The Red Warrior (TRW) akan menggunakan jersi merah jambu bagi saingan Liga Malaysia musim ini akhirnya terjawab.

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida mengesahkan TRW akan menyarung jersi merah jambu sekiranya kata sepakat perjanjian tajaan selama dua musim dicapai dalam masa terdekat.

Dalam wawancara petang tadi, Dr Vida memberitahu wartawan yang beliau bersetuju untuk menaja pasukan Kelantan dengan jumlah sebanyak 16 juta bagi 2 musim berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

Tambah Dr Vida lagi beliau mempunyai wawasan dan perancangan jangkamasa panjang untuk Pasukan TRW, impian beliau adalah untuk melihat TRW mengecapi Kejayaan diperingkat asia dan dunia jika diizinkan Tuhan.

Dengan jumlah tajaan yang begitu besar sudah tentulah beliau mengharapkan kejayaan TRW adalah seiring dengan jualan Produk Pamoga Qu Puteh.

Beliau ditemui ketika Sidang Media MEGA GEGAR VAGANZA Istana Budaya yang akan berlangsung mulai 15-17 januari 2016.

Antara artis yang hadir adalah juara Gegar Vaganza 1 dan 2 Ayai dan Siti Nordiana,Ezad Lazim,Haleeda Mazlin,Achong dan Nasir Wahab

Leave a Reply

Top