Share on Facebook

ARAU, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) akan menubuhkan satu gabungan gerakan sukarelawan untuk membantu rakyat Palestin, kata Pengerusinya Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata IKIAM akan menjadi penyelaras dalam membentuk sukarelawan yang akan membantu penduduk di negara berkenaan, dengan turut mendapatkan kerjasama daripada beberapa pihak di Indonesia dan juga selatan Thailand.

“Kita akan berbincang dan memohon melalui kerajaan Malaysia untuk mendaftarkan sukarelawan ini secara sah dan akan membantu penduduk di sana dalam isu Palestin ini.”

“Kalau kita asyik berdemonstrasi di sini, perkara itu tidak akan nampak. Justeru kita nak ke Palestin untuk bantu penduduk di sana,” dipetik sebagai berkata.

Zahidi berkata semua pihak perlu sedar bahawa Palestin adalah bumi para anbia dan banyak sejarah Islam berlaku di negara tersebut, antaranya peperangan dalam Islam dan peristiwa Israk dan Mikraj.

“Kota suci Baitulmuqaddis kita perlu lindungi supaya tidak diganggu gugat oleh Yahudi yang sememangnya ingin menghancurkan Islam,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *