Anda di sini!
Utama > Sukan > Herera Mahu De Gea Kekal Di Manchester

Herera Mahu De Gea Kekal Di Manchester

Pemain tengah Manchester United, Ander Herrera mahu David De Gea melupakan hasrat ke Real Madrid dan kekal di Old Trafford selepas musim panas ini.

De Gea secara berterusan dikaitkan dengan rancangannya untuk pulang ke Sepanyol.

Real Madrid dijangka mengambil penjaga gol Sepanyol itu tetapi Herrera mahu rakannya itu menolak tawaran berkenaan meskipun mengakui ‘segala-galanya boleh berubah dalam bola sepak’.

Bercakap kepada Jugones (menerusi El Bernabeu), Herrera berkata: “Saya mahu dia mempertahankan gawang di Manchester United. Saya harap begitulah, tetapi semuanya boleh berubah dalam bola sepak.”

 Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini dilihat mahu kembali ke tanah air pada 2015 dengan tawaran £29 juta (RM160.16 juta).

Bagaimanapun hubungan antara Manchester United dan Real Madrid semakin tegang apabila tawaran itu ditolak, De Gea sekali gus mengecewakan La Liga Sepanyol apabila menandatangani kontrak baharu empat tahun dengan bayaran £200,000 (RM1.1 juta) seminggu di Old Trafford. – Mail Online

 

Leave a Reply

Top