Pengurus veteran, Harry Redknapp dipecat oleh kelab divisyen dua Birmingham City semalam, selepas kalah 1-3 di laman sendiri di tangan Preston North End, perlawanan ke-13 kendaliannya.

Pengendali berusia 70 tahun itu, yang pernah turut melatih Tottenham Hotspur dan Portsmouth sebelum ini, dianggap sebagai penyelamat buat seketika apabila beliau membantu Birmingham kekal di divisyen itu musim lalu selepas mengambil alih daripada Gianfranco Zola.

Bagaimanapun, di sebalik kehadiran ramai pemain pada awal musim ini, Birmingham mengalami kekalahan keenam berturut-turut dan hanya meraih empat mata dalam lapan perlawanan liga.

“Saya kecewa. Ia terlalu sukar, saya mempunyai seminggu bersama pasukan baru dan pemain baru, seminggu,” kata Redknapp.

“Ia bukannya alasan tapi hari ini saya kehilangan khidmat tiga penyerang, mungkin tiga pemain terbaik secara jujurnya.

“Kami perlukan masa untuk membina pasukan bola sepak, bukannya seminggu. Saya tidak mendapat pemain yang diperlukan selepas pra musim dan tiba-tiba saya mendapat ramai pemain baru.

“Ramai pemain yang menjadi sasaran saya tidak diperoleh. Saya masih berasakan jika diberi masa, saya akan membentuk satu pasukan yang mampu mencabar untuk ke Liga Perdana, saya tidak ragu-ragu mengenainya.”

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *