Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Harga Petrol Naik Lagi

Harga Petrol Naik Lagi

Harga runcit mingguan petrol dan diesel bagi tempoh 16 hingga 22 November naik antara 5 sen hingga 7 sen seliter.

Harga runcit RON95 naik 7 sen kepada RM2.38 seliter, RON97 naik 6 sen kepada RM2.66 seliter dan diesel naik 5 sen kepada RM2.25 seliter.

Harga baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Facebook rasminya sebentar tadi.

Mekanisme harga minyak secara mingguan berkuat kuasa 29 Mac tahun ini.

Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

Leave a Reply

Top