Niaga hadapan minyak mentah susut dalam dagangan hari ini, berikutan pelabur menilai keuntungan harga mingguan buat kali kali ketiga berturut-turut selain kegagalan pelancaran peluru berpandu Korea Utara semalam.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent susut 18 cent kepada AS$55.17 pada 0047 GMT dalam dagangan Asia.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate juga susut 18 cent kepada AS$53 setong selepas meningkat 7 cent kepada AS$53.18 pada Khamis lalu.

Kedua-dua penanda aras ditutup sempena cuti Easter mencatat peningkatan lebih tinggi untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan Brent menokok 1.2 peratus dalam tempoh empat hari dan WTI naik 1.8 peratus. – Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *