Anda di sini!
Utama > Ekonomi > Harga Minyak Dunia Ditutup Tinggi

Harga Minyak Dunia Ditutup Tinggi

Harga minyak meningkat untuk hari ketiga berturut-turut semalam dengan mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu.

Ia didorong oleh sokongan Kuwait untuk melanjutkan langkah pengurangan pengeluaran Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bagi mengurangkan lebihan bekalan global.

Menteri Minyak Kuwait, Essam al-Marzouq, berkata negaranya antara beberapa negara yang menyokong lanjutan langkah OPEC dan pengeksport minyak lain untuk mengehadkan pengeluaran, demikian mengikut laporan agensi berita Kuwait, KUNA.

Harga minyak mentah Brent naik 54 cents atau kira-kira satu peratus kepada AS$52.96 setong selepas mencecah AS$53.10.

Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) ditutup 84 cents atau 1.7 peratus lebih tinggi kepada AS$50.35 setong selepas mencecah AS$50.47.

Kedua-dua kontrak penanda aras itu mencecah paras tertinggi sejak 9 Mac.

Dalam beberapa minggu lalu, angka inventori yang tinggi daripada dijangkakan mendorong spekulator mengurangkan pegangan mereka. – Reuters

Leave a Reply

Top