Anda di sini!
Utama > Hiburan > Hanyut Filem Terbaik ASK 2017

Hanyut Filem Terbaik ASK 2017

Pesan Dari Tuhan terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd diangkat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Kemenangan itu berjaya menewaskan empat calon lain iaitu Kapcai Ayah, Mak Tak Bagi Balik, Menantu Material dan Terima Kasih Ramadan.

Pengarahnya, Erma Fatima turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik (Drama) dan Lakon TV Terbaik.

Bagi kategori filem pula, karya terbitan Tanah Licin berjudul Hanyut pula dipilih sebagai pemenang Filem Terbaik.

Menerusi filem Hanyut, U-Wei Saari dipilih sebagai Pengarah Terbaik (Filem) dan turut merangkul kategori Lakon Layar Terbaik.

Bukan itu sahaja, Diana Danielle dan Khalid Salleh menerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) menerusi filem tersebut.

Dalam pada itu, Hasnul Rahmat memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) menerusi Kapcai Ayah manakala Fasha Sandha, Pelakon Wanita Terbaik (Terima Kasih Ramadan).

Azizah Mahzan pula menggondol trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) menerusi Terima Kasih Ramadan dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) milik Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan).

Kategori filem pula menyaksikan aktres, Sangeeta Krishnasamy merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi penampilannya dalam filem Adwiraku.

Khir Rahman pula dipilih penerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) hasil lakonan mantap dalam filem Rock Bro.

Drama komedi terbaik menjadi milik Budak Ijat terbitan Radius One Sdn Bhd dan Pelakon Komedi Terbaik milik Ellie Suriaty menerusi drama Papa Sayang.

Manakala Drama Rantaian Terbaik diterima oleh My Sweet Lavender terbitan Orangetree Production Sdn Bhd.

ASK2017 dihoskan oleh Jihan Muse, Fahrin Ahmad dan Shuk.

Antara barisan penyampai anugerah ialah Datuk Yusof Haslam, Saiful Apek, Zizan Razak, Raja Ilya, Rozita Che Wan, Aiman Tino, Wany Hasrita, Zul Ariffin, Farah Nabilah, Fattah Amin dan Nabila Huda.

Pada acara itu juga turut menyaksikan persembahan daripada Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Issey, Abam dan Mark Adam, Stacy, Salam Musik, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak dan Azira Shafinaz serta Black dan Jaclyn Victor.

Sementara itu, 13 anugerah untuk kategori lain telah diberikan kepada pemenang di Prelude ASK2017 pada petang Jumaat.

SENARAI PEMENANG ASK2017

1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama): Azizan Mahzan (Terima Kasih Ramadan/TV3)

2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama): Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan/TV2)

3. Rancangan Majalah Terbaik: Misi-K 2016 (Misi Kemanusian Pulau Cebu Filipina/ TV3)

4. Rancangan Realiti Terbaik: Mentor Milenia 2017 Akhir (TV3)

5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem): Diana Danielle (Hanyut)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem):Khalid Salleh (Hanyut)

7. Lakon Layar Terbaik: Uwei Hj Saari (Hanyut)

8. Lakon TV Terbaik: Erma Fatima (Pesan Dari Tuhan/ TV2)

9. Pelakon Wanita Terbaik (Filem): Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)

10. Pelakon Lelaki Terbaik (Filem): Khir Rahman (Rock Bro)

11. Rancangan Anugerah Terbaik: TV3: Anugerah Juara Lagu 31

12. Pelakon Wanita Terbaik (Drama): Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)

13. Pelakon Lelaki Terbaik (Drama): Hasnul Rahmat (Kapcai Untuk Ayah)

14. Drama Rantaian Terbaik: My Sweet Lavender (Orangetree Production Sdn Bhd)

15. Drama Komedi Terbaik: Budak Ijat (Radius One Sdn Bhd)

16. Pelakon Komedi Terbaik: Ellie Suriaty (Papa Sayang/ hyppTV)

17. Pengarah Terbaik (Filem): Uwei Shaari (Hanyut)

18. Pengarah Terbaik (Drama): Erma Fatima (Pesan Dari Tuhan/TV2)

19. Filem Terbaik: Hanyut

20. Drama Terbaik: Pesan Dari Tuhan

KEPUTUSAN PRELUDE ASK2017

1. Rekabentuk Set Terbaik: Rentak Juara ke-17 Akhir  (Siti Nur Mat Arip)

2. Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu 31 (Hafiz Mohd Nordin)

3. Videografi Terbaik: Terima Kasih Ramadan

4. Suntingan Terbaik: Mana Kawan Adik (Dzulkifli Shaari)

5. Penata Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung: 3 Juara (Nor Azhar Md Amin)

6. Penata Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung: Anugerah Juara Lagu 31 (Nageswaran Ramanujem)

7. Rancangan Dokumentari Terbaik: Jejak Rasul As Salam 2017 menerusi isu Batu Terapung (Mohd Fasil Mohd Idris)

8. Rancangan Bual Bicara Terbaik: Wanita Hari Ini, Isu Khunsa (Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan)

9. Laporan Khas Berita Terbaik: Buletin Utama, isu Ulat Parkir  (Hafiz Rosli)

10. Rancangan Hiburan Terbaik: Melodi Raya (Michelle Wee)

11. Penyunting Drama Terbaik: Terima Kasih Ramadan

12. Videografi Drama Terbaik: Mahligai Cinta (Mohd Adli Maaris)

13. Drama Rantaian Popular Media Sosial: Pergilah Air Mata (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)

Leave a Reply

Top