Anda di sini!
Utama > Terkini > Hanya 12 Negara Dalam Rundingan TPP

Hanya 12 Negara Dalam Rundingan TPP

mh online

Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kini hanya melibatkan 12 buah negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan US-ASEAN, Alexander C. Feldman.

“Tumpuan kini hanya 12 negara. Beberapa negara ASEAN telah menyatakan minat untuk menyertai perjanjian perdagangan itu.

“Kami berharap mereka dapat melihatnya sesuai untuk disertai pada masa yang tepat,” katanya di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-47 dan Mesyuarat Berkaitan di sini, Sabtu.

Daripada 10 negara anggota ASEAN, Malaysia, Vietnam, Singapura dan Brunei adalah antara 12 buah negara yang cuba memuktamadkan perjanjian itu.

Negara lain yang terlibat dalam rundingan itu ialah Australia, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru dan Amerika Syarikat.

Feldman tidak mendedahkan negara ASEAN lain yang dikatakan berminat dalam perjanjian itu, yang akan mempunyai gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$27.7 trilion.

Antara lain, perjanjian perdagangan itu bakal menawarkan peluang untuk pasaran tanpa halangan, selain membuka kepada peluang pelaburan serantau dan global.

Kejayaan memuktamadkan TPP itu dijangka membuka pasaran baharu dengan 793 juta orang.

Leave a Reply

Top