Kira-kira 35 juta penduduk Vietnam iaitu lebih kurang satu pertiga daripada populasi negara itu mempunyai akaun Facebook, menurut laporan syarikat laman sosial itu baru-baru ini, lapor agensi berita Vietnam.

“Asia tenggara merupakan rantau ‘mobile first’ yang dinamik dan pertumbuhan Facebook pesat di rantau itu. Menghubungkan lebih 241 juta orang di Asia tenggara termasuk 35 juta penduduk Vietnam dengan rakan, keluarga, perniagaan dan saat-saat indah menerusi Facebook,” kata pengarah urusan Facebook Asia tenggara Keneth Bishop.

Satu pencapaian baru turut dicapai Facebook dengan tiga juta pengiklan aktif menerusi rangkaian sosial itu – pertumbuhan yang signifikan iaitu 50 peratus daripada Febuari 2015 hingga 2016.

“Perniagaan kecil merupakan sumber penting kepada ekonomi tempatan Asia Tenggara dan kami sentiasa komited untuk membantu pertumbuhan perniagaan tempatan,” kata Ketua Pasukan Pengukuhan Pasaran Facebook Asia Tenggara (SEA) Huynh Kim Tuoc.

“Lebih tiga juta iklan perniagaan Facebook di peringkat global dan pertumbuhan paling pantas ialah di rantau SEA.

“Lebih banyak perniagaan tempatan kini beralih kepada laman Facebook sebagai penyelesaian untuk perniagaan mobile mereka. Lebih 70 peratus penduduk Vietnam turut menggunakan laman perniagaan kecil dan sederhana,” katanya.

Sebagai contoh, penjual pakaian bayi babi.vn berjaya membentuk komuniti ibu di Vietnam menerusi Facebook dan pendapatannya meningkat tiga kali ganda dalam setahun.

Rangkaian pusat kecergasan California dan Yoga berjaya menguasai pasaran Vietnam dengan memperoleh sembilan juta orang hanya dalam tempoh lima bulan.

Dengan bantuan laman sosial Facebook, berjaya menarik minta hampir 500,000 orang dengan peningkatan jualan keahlian sebanyak 10 peratus.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *