Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Hampir 1,600 Bayi Tidak Diberi Vaksin Tahun Lalu

Hampir 1,600 Bayi Tidak Diberi Vaksin Tahun Lalu

Hampir 1,600 bayi dari seluruh negara dikesan tidak diberikan imunisasi pada tahun lalu, meningkat berbanding 1,500 pada tahun 2015.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata antara negeri yang tinggi jumlahnya ialah Selangor, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, katanya, kadar pengambilan vaksin di Malaysia secara keseluruhannya masih tinggi iaitu 95 peratus, mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kementerian sudah menjalankan pelbagai usaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat. Vaksin yang ada di negara kita juga sudah dibuat penilaian terperinci bagi memastikan ia selamat dan halal.

“Kerana itu kita mahu supaya semua bayi mendapat imunisasi bagi mengelakkan mereka mendapat penyakit cegahan vaksin yang berbahaya.

“Sebagai contoh pada tahun lalu kes difteria dikesan menjangkiti 30 orang pada dan menyebabkan lima kematian. Majoriti yang dijangkiti ini tidak pernah mendapatkan imunisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Mansor Abd Rahman (BN-Sik) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Leave a Reply

Top