Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Hampir 1000 Penduduk Sertai Putrajaya Komuniti Ride

Hampir 1000 Penduduk Sertai Putrajaya Komuniti Ride

Kira-kira 1,000 penduduk Putrajaya menyertai acara berbasikal santai, Putrajaya Community Ride (PCR) 2017 Siri Ketiga di sekitar Presint 14 dan Presint 15, di sini hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Mansor berkata acara yang berlangsung setiap tiga bulan itu merupakan antara usaha kementeriannya dalam merapatkan silaturahim sesama penduduk wilayah pentadbiran itu.

“Ini merupakan siri akhir untuk tahun ini, dan insya-Allah acara sama akan kita teruskan pada tahun hadapan memandangkan acara berbasikal secara santai ini semakin mendapat sambutan daripada setiap siri yang kita anjurkan, ” katanya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan acara melepaskan peserta terlibat yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia pada 8 pagi.

Leave a Reply

Top