Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Halbe Letak Jawatan

Halbe Letak Jawatan

Menteri Luar Belanda yang baru dilantik, Halbe Zijlstra meletak jawatan semalam, selepas mengaku berbohong mengenai kehadirannya dalam satu mesyuarat dengan Presiden Russia, Vladimir Putin

“Saya tiada pilihan hari ini selain menyerahkan peletakan jawatan saya kepada Tuanku,” kata beliau sambil menitiskan air mata dalam satu sidang parlimen mengejut.

Zijlstra memegang jawatan selama empat bulan dan peristiwa dramatik itu berlaku hanya beberapa jam sebelum beliau melakukan lawatan rasmi ke Moscow untuk berjumpa dengan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.

“Ini adalah kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan dalam kerjaya,” kata beliau kepada ahli politik Belanda di parlimen sambil disaksikan Perdana Menteri, Mark Rutte.

Beliau dijadualkan bertemu Lavrov hari ini bagi membincangkan beberapa perkara lain termasuk pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh peluru berpandu dari wilayah yang dikuasai pemberontak pro-Russia ke atas Ukraine. – AFP

Leave a Reply

Top