Presiden Haiti, Jovenel Moise semalam mengumumkan penubuhan semula angkatan tentera negara itu selepas 22 tahun dibelenggu sejarah rampasan kuasa berdarah dan ketidakstabilan politik.

Haiti diperintah tanpa tentera sejak 1995, ketika bekas presiden Jean-Bertrand Aristide membubarkan institusi itu sebaik kembali berkuasa selepas rampasan kuasa, sekali gus menyerahkan tugas keselamatan negara kepada polis nasional.

Penubuhan semula tentera menjadi topik yang memecah-belah di negara yang masih dibelenggu kesan buruk akibat gempa bumi dan taufan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengkritik dan aktivis juga bimbang angkatan bersenjata akan campur tangan dalam politik dan merampas sumber penting dari pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Moise Khamis lalu menamakan bekas kolonel tentera, Jodel Lesage sebagai penyandang ketua komander tentera bagi melaksanakan operasi penuh.

Pelantikan itu bagaimanapun masih perlu diluluskan oleh senat Haiti. – Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *