Oleh : MH.Fansyuri

BANDAR TUN RAZAK, Seorang aktivis UMNO, Dato’ Zaharin Mohd Yassin yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak, hari ini menerima sepucuk surat tunjuk sebab daripada ibu pejabat UMNO yang ditandatangan oleh Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Bin Tengku Mansor.

Pada ahad lalu, beliau dikatakan menghadiri satu majlis anjuran PKR Bandar Tun Razak yang turut dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pimpinan kanan parti PKR dan Parti PPBM.

Menurut satu video yang dimuat naik ke facebooknya petang ini, beliau menjelaskan tujuan kehadiranya ke majlis tersebut adalah atas kapasitinya sebagai pengerusi sebuah NGO (BADAR) dan bukan atas kapasitinya sebagai ahli UMNO dan bukan bertujuan untuk menyertai parti pembangkang jauh sekali untuk berkempen bagi pihak pembangkang.

Menurutnya lagi, beliau tidak bercakap hal politik dalam majlis tersebut dan hanya bertanya khabar memandangkan Tun Mahathir adalah bekas presiden UMNO begitu juga dengan Kamaruddin Jaafar dan pimpinan lain juga pernah menjadi ahli UMNO, jadi tidak kekok untuk beliau berbual- bual.

Tegasnya lagi, pihak penganjur menjemputnya duduk di meja vvip kerana menghormati anugerah Dato’ yang diterima tahun lalu.

Jika tindakan beliau hadir ke majlis anjuran pembangkang menjadi kesalahan, tindakan yang sama juga patut diambil ke atas seorang Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang juga ahli majlis tertinggi yang hadir ke himpunan RUU 355 anjuran parti PAS, PAS bukanlah parti komponen Barisan Nasional malah UMNO rosak juga kerana PAS menurutnya lagi.

Jangan ada double standard, tindakan yang sama juga patut diambil ke atas mereka yang hadir ke himpunan RUU355 di padang merbok sabtu lalu, tegas beliau.

 

 

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *