Anda di sini!
Utama > Sukan > Hadiah Terkumpul Berjumlah RM30,000 Menanti Peserta Pertandingan Kenderaan Berhias PQPTRW

Hadiah Terkumpul Berjumlah RM30,000 Menanti Peserta Pertandingan Kenderaan Berhias PQPTRW

mh online

 

Pertandingan Kenderaan berhias yang bertemakan ” Pamoga Qu Puteh The Red Warriors ” yang dijadualkan akan berlangsung pada 16 februari ini, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari peminat bola sepak Kelantan.

Penyertaan terbuka kepada semua jenis kenderaan Kereta dan motorsikal, sebelum ini Dato Seri Vida di laman instagram peribadinya mengumumkan untuk pertandingan ini hadiah terkumpul keseluruhan berjumlah RM 20,000.

Namun lewat malam tadi Presiden KAFA mengumumkan, Penasihat Kehormat KAFA itu bersetuju menyediakan tambahan RM 10,000 lagi, manjadikan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.

Semua peserta dijadualkan akan mengiringi pemain pasukan PQPTRW dari Pejabat KAFA ke Stadium SMKIV pada jam 6 petang, Perarakan ini bakal menjadi perarakan terbesar kenderaan berhias.Tambah presiden KAFA itu.

 

Leave a Reply

Top