Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dikejutkan dengan laporan mengenai penderaan seksual penduduk Islam Rohingya di Myanmar oleh pasukan keselamatan negara itu.

Badan dunia itu baru-baru ini mengeluarkan satu laporan yang mendakwa polis pengawal sempadan merogol Rohingya semasa operasi di barat negeri Rakhine, tahun lalu.

Penasihat Khas PBB mengenai Pencegahan Pembunuhan Beramai-ramai, Adama Dieng berkata, skala keganasan terhadap etnik minoriti itu adalah teruk dan tidak dapat diterima.

“Kekejaman ini perlu dihentikan sekarang, Kerajaan Myanmar bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan mereka.

“Jika seseorang itu dianiaya berdasarkan identiti mereka dan dibunuh, diseksa, dirogol serta dipindahkan secara paksa, ia adalah jenayah terhadap kemanusiaan,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *