Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Gunung Kinabalu Runtuh

Gunung Kinabalu Runtuh

Satu runtuhan baharu batuan di lereng Gunung Kinabalu, berhampiran Kampung Mesilou, Kundasang di sini, dilaporkan berlaku petang tadi.

Kejadian yang kira-kira jam 3.30 petang itu, mencetuskan kebimbangan kepada penduduk yang pernah berdepan situasi sama selepas gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter pada Jun 2015.

Bimbang kejadian buruk berlaku, penduduk melaporkan insiden itu kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memantau situasi di kampung terbabit.

Timbalan Pengarah Angkatan APM Sabah, Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.45 petang tadi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi.

“Kita menerima panggilan daripada penduduk Kampung Mesilou mengatakan berlaku satu runtuhan baharu agak besar di lereng Gunung Kinabalu di sebelah hulu Sungai Masilou Dua.

“Dua anggota bergegas ke lokasi untuk mengambil keterangan penduduk serta memantau keadaan pada jam 4 petang.

“Pemantauan mendapati runtuhan berlaku pada tebing gunung di kedudukan 1.5 kilometer sebelah hulu bekas Mesilou Nature Resort, Stesen Taman Kinabalu Mesilou,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya setakat ini aliran sungai adalah normal.

Katanya, anggotanya mengambil pendekatan menenangkan penduduk agar tidak panik dengan runtuhan yang berlaku kerana keadaan masih terkawal.

Leave a Reply

Top