Manchester City bakal memecah rekod pemindahan pemain bola sepak dunia dengan membawa Lionel Messi ke Stadium Etihad.

Kelab milik jutawan Arab itu kini dilapor mempunyai dana sebanyak £200 juta untuk mendapatkan bintang Barcelona berkenaan pada musim panas akan datang.

Pengendali City, Pep Guardiola dikatakan sedang membuat perancangan untuk membayar sebanyak £100 juta bagi mendapatkan Messi dan memberi gaji sebanyak £500,000 seminggu kepada pemain Argentina berkenaan.

The Blues juga percaya pelantikan Guardiola sebagai jurulatih sebelum ini mampu mempengaruhi Messi untuk meninggalkan Nou Camp pada akhir musim ini.

Malah City semakin yakin terhadap Guardiola apabila jurulatih kelahiran Portugal itu berjaya membuatkan Messi tidak menandatangani kontrak baharu bersama Barcelona.

Messi kini mempunyai kontrak bernilai £215 juta yang akan tamat pada 2018 dan Barcelona dikatakan sedar perlu menjual pemain itu pada musim depan sebelum kehilangannya secara percuma.

Kehadiran Messi di bumi Manchester mampu memadam rekod Paul Pogba yang menyertai skuad jiran, Manchester United dengan rekod dunia pada awal musim ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *