Anda di sini!
Utama > Sukan > Gol Suarez Bawa Barca Ke Final Copa del Rey

Gol Suarez Bawa Barca Ke Final Copa del Rey

Barcelona memastikan tiket ke final Copa del Rey setelah menang dengan agregat 3-2 ke atas Atletico Madrid.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Camp Nou, awal pagi Rabu, Barca mencatat keputusan seri 1-1.

Gol masing-masing disumbat masuk oleh Luis Suarez pada minit ke-43 dan Kevin Gameiro, tujuh minit sebelum wisel penamat separuh masa kedua dibunyikan.

Selain dua gol tersebut, perlawanan ini juga diwarnai dengan tiga kad merah.

Dua pemain Barcelona telah dibuang padang iaitu Sergi Roberto dan Suarez.

Sementara Atletico kehilangan Yannick Ferreira-Carrasco.

Barcelona tetap turun dengan strategi menyerang walaupun sudah mendahului dari segi agregat.

Begitu juga Atletico yang memberikan tekanan tinggi kepada pasukan lawan.

Barca, yang berstatus juara bertahan, akan berdepan Celta Vigo atau Alaves di babak final.

Dalam perlawanan pertama, Celta dan Alaves mencatat keputusan seri 0-0.

Leave a Reply

Top