Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > GLC Perlu Contohi Langkah PNB Laksana Penjimatan Kos – TPM

GLC Perlu Contohi Langkah PNB Laksana Penjimatan Kos – TPM

mh online

BAGAN DATOH, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) disaran mencontohi kejayaan Permodalan Nasional Bhd (PNB) melaksanakan langkah penjimatan kos pengurusan sepanjang tempoh 38 tahun penubuhan agensi tersebut.

image

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara contoh terbaik dilaksanakan oleh PNB adalah mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja walaupun mempunyai tugasan tambahan.

“PNB bukan hanya menunjukkan komitmen tinggi, malah amalan kaedah pengurusan moden itu menjadikannya antara syarikat yang cukup berjaya di negara ini,” katanya berucap merasmikan majlis prapelancaran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 di Sungai Nipah Darat, Rungkup di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

MSAM 2016 akan diadakan di Stadium Mini Tapah pada 20 hingga 28 April ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh, turut memuji komitmen PNB yang disifatkannya berjaya membentuk pegangan modal secara profesional tanpa wujud ‘tangan-tangan kotor’ mencampuri urusan agensi berkenaan.

Malah, katanya, PNB bukan setakat menjadi teras amanah untuk kalangan masyarakat Bumiputera, tetapi turut membantu meningkatkan pegangan ekuiti pelbagai kaum dalam sektor pelaburan dari semasa ke semasa sejak Dasar Ekonomi Baharu (DEB) diperkenalkan pada 1970.

“Keikhlasan ini harus dicontohi oleh semua syarikat GLC di luar sana,” katanya.

Leave a Reply

Top