Anda di sini!
Utama > Ekonomi > GEM Jangka 100,000 Usahawan Menjelang Akhir Tahun

GEM Jangka 100,000 Usahawan Menjelang Akhir Tahun

mh online

Badan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Keusahawanan Global (GEM) menjangkakan 100,000 usahawan daripada pelbagai industri berdaftar dengannya menjelang akhir tahun ini dan menyertai program yang dijalankan.

GEM merupakan NGO pertama yang menumpukan hubungan, jaringan dan pada masa yang sama menjalinkan kerjasama untuk mengantarabangsakan ekosistem keusahawanan Malaysia.

“Dengan penekanan yang lebih mendalam terhadap keusahawanan melalui program strategik GEM, secara tempatan, rantau atau di peringkat antarabangsa, setiap orang akan berpeluang untuk meningkat maju,” kata Ketua Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah di sini, malam ini.

Ia akhirnya turut akan mewujudkan peluang pekerjaan, memupuk inovasi dan mengukuhkan kedudukan utama Malaysia dalam keusahawanan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan GEM di sini.

Beliau berkata antara program di bawah GEM adalah bimbingan mentor oleh usahawan hebat, pemimpin perniagaan dan penginovasi yang mencipta kejayaan dalam industri untuk memajukan ekosistem keusahawanan Malaysia.

“Kita mendapat banyak sokongan, permintaan dan minat untuk menjadi anggota GEM…hari ini sahaja kita memperoleh lebih daripada 500 usahawan berdaftar yang terdiri daripada pelbagai sektor.

“Kita juga dalam perancangan untuk menubuhkan cawangan GEM di setiap negeri serta melantik ketua-ketua bagi peringkat serantau memandangkan sokongan yang memberangsangkan,” katanya.

Sementara itu, Presiden GEM, Dash Dhakshinamoorthy berkata sejak pelancaran awal gerakan itu dua minggu lepas, badan berkenaan telah mengumpul dana kira-kira RM200,000 daripada sektor swasta.

“GEM adalah mengenai membawa ekosistem berkenaan bersama-sama…perniagaan yang sentiasa mencari jaringan adalah satu masalah yang mereka hadapi. GEM adalah jawapannya,” katanya.

Leave a Reply

Top