Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Gegar Vaganza vs Pentas AJL

Gegar Vaganza vs Pentas AJL

mh online

image

Pentas AJL30 telah berlansung pada Ahad lalu di Stadium Melawati Shah Alam,namun ibarat rumah siap tukul masih berbunyi,rata-rata peminat mengkritik penganjuran AJL kali ini, dikatakan hambar dan tidak menyengat seperti Anugerah yang telah berumur 30 tahun.

AJL 30 yang menyaksikan Akim & The Majistret di tabalkan sebagai Juara menerusi lagu Potret,sepatutnya AJL dilihat gah, menyengat dan berprestij sesuai dengan penganjuranya yang ke-30.

Setiap sudut penganjuran Ajl kali ini sangat banyak kelemahan, antara yang paling ketara adalah gandingan pengacara yang syok sendiri dan langsung tidak memberi tarikan dan impak kepada malam kemuncak Ajl seperti yang dicanangkan sebagai eksklusif dan berprestij itu.

Artis-artis yang kononya bergred “A” membuat persembahan juga tidaklah seperti yang peminat harapkan,entah dimana silapnya sehinggakan persembahan artis pun dirasakan terlalu “biasa-biasa saja”.Sound system dan Musik juga antara yang turut diperkatan.

Format Ajl mungkin telah ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dizaman ini,Ajl terlalu kaku jika nak dibandingkan dengan “Fenomena” yang telah dicetuskan oleh Gegar Vaganza.Perbezaan ketara antara dua rancangan hiburan ini.

Saya tidak tahu berapa jumlah wang yang telah dikeluarkan oleh penaja untuk malam Kemuncak Ajl kali ini,tetapi saya rasa tidak berbaloi untuk menaja Ajl yang kolot dan ketinggalan zaman ini.

Jika dibandingkan dengan dengan penganjuran Gegar vaganza yang baru masuk musim ke dua ternyata impak gegar vaganza lebih segar dan kena dengan selera penonton,tambahan pula dengan “duo” pengacara yang “gila-gila” Nabil dan Jihan.

image

Mereka dilihat begitu serasi sekali “beraksi” setiap minggu di pentas Gegar Vaganza,ada gurau senda bersama juri,segmen bersama pelawak setiap minggu dan paling dinanti-nantikan gelagat Dato’Seri vida dengan gaya “Crown”nya itu.

Setiap minggu peminat ternanti-nanti kemuncak,siapa yang bakal tersingkir dan lagu apakah yang bakal dinyanyikan minggu hadapan oleh peserta yang bukanlah dikategorikan sebagai penyanyi bergred “A”.

Setiap minggu,untuk persembahan pembukaan pula, pasangan “duo” Nabil dan Jihan akan menyanyikan lagu dengan visual yang sangat menarik walaupun mereka berdua bukanlah penyanyi, tetapi persembahan pembukaan oleh pengacara juga antara yang dinanti-nantikan setiap minggu.

Gabungan Unsur warna Gegar Vaganza juga menarik,gabungan merah jambu dan Unggu satu kombinasi segar yang dibawakan oleh produksi Gegar Vaganza.

Diharap pihak TV3 mengubah format Ajl supaya lebih segar dan mengikut selesa penonton, jika tidak diubah format penganjuran Ajl ianya akan dilihat satu acara yang “biasa-biasa” saja.

Takut-takut,artis pun satu hari nanti taknak masuk bertanding di Ajl kerana dirasakan tiada impak terhadap kerjaya mereka,Sepertimana impak terhadap kerjaya mereka jika menyertai Gegar Vaganza.

disertakan komen-komen penonton yang saya ambil dari twitter :

image

image

image

Leave a Reply

Top