Pengerusi Geely Holdings, Li Shufu mengesahkan syarikat pengeluar kereta China itu memiliki hampir 10 peratus pegangan dalam syarikat pembuat kereta Jerman, Daimler.

Ini menjadikan Geely sebagai pemegang saham terbesar syarikat pengeluar Mercedes-Benz itu.

Bagaimanapun beliau berkata tidak ada rancangan pada masa ini untuk menambahkan lagi kepentingan dalam syarikat berkenaan.

 

Sebaliknya, ia akan berusaha untuk menjalin usahasama dengan Daimler bagi menghadapi cabaran daripada pesaing baru seperti Tesla, Google dan Uber yang kesemuanya membangunkan teknologi baru mereka sendiri.

“Tiada pemain industri kereta yang boleh memenangi perlawanan menentang musuhnya dari luar tanpa rakan-rakan.

“Untuk mencapai dan menegaskan kepimpinan teknologi, seseorang harus menyesuaikan cara pemikiran baru dari segi perkongsian dan menggabungkan kekuatan. Pelaburan saya di Daimler mencerminkan visi ini,” kata Li.

Hanya beberapa pengeluar mungkin bertahan dalam industri automotif pada masa depan dan ini mendorong Geely mendapatkan akses kepada pembuat kereta yang memiliki kelebihan teknologi, kata sumber kepada Reuters.

Zhejiang Geely memiliki Volvo Cars, LEVC iaitu pengeluar teksi hitam London, memegang AS3.3 bilion kepentingan dalam Volvo Truck serta menguasai 49.9 peratus pegangan di dalam Proton Holdings Bhd. selain turut terlibat dalam syarikat pemula kereta terbang, Terrafugia.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *